Search

Maahad Tahfiz Pertama Guna Imbasan Kod QR Catat Rekod Hafazan

https://tzkrh.com/maahad-tahfiz-pertama-guna-imbasan-kod-qr-catat-rekod-hafazan/

Jika sebelum ini, catatan hafalan dan bacaan Quran dilakukan secara manual menggunakan kertas, kini Maahad Tahfiz Al-Ansar menjadi maahad pertama di dunia yang menggunakan kod imbasan QR untuk merekod kemajuan bacaan Quran pelajar. Malah, sistem ini mampu mempercepatkan proses mengumpul maklumat prestasi pelajar daripada 6 bulan kepada 5 saat sahaja.


Bukan itu sahaja, pihak maahad boleh merekodkan kedatangan, sikap baik, aktiviti sukan dan kokurikulum yang dilakukan oleh pelajar. Jumlah merit yang dikumpul dengan markah tertinggi membolehkan pelajar menuntut ganjaran yang telah ditentukan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa sangat menyambut baik program ini kerana mereka boleh melihat perkembangan pendidikan dan sahsiah anak mereka secara terus (real time) dengan membuka aplikasi Student QR Points.


Pihak sekolah pula boleh memantau pelajar-pelajar secara terus dalam satu ‘antaramuka admin’ (user interface). Sistem yang digunakan ini telah terbukti meningkatkan disiplin dan akademik pelajar dengan berkesan seterusnya mengurangkan masalah disiplin pelajar seperti ponteng, buli dan lain-lain sehingga 50 peratus.



Sistem yang sama telah digunapakai oleh 14 ribu sekolah di Amerika Syarikat sejak 2001 dan kini telah digunakan beberapa sekolah lain di Malaysia seperti MRSM, Sekolah Seri Puteri, SMI Al-Amin dan SMI Hidayah.


Sistem ini juga sangat fleksibel kerana pihak sekolah boleh menetapkan sendiri perkara dan jumlah merit yang boleh diberikan kepada pelajar. Kod QR juga boleh digunakan untuk membuat aduan kerosakan di sekolah dengan sangat pantas.


StudentQR Points merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh syarikat bumiputera Futurity Resources Sdn Bhd. Untuk mengetahui maklumat sistem ini dengan lebih lanjut, boleh ke pautan www.studentqr.com.


21 views

Copyright ©️ 2019 BY MYFUTURITY GLOBAL SDN BHD.

All website content, Android applications, IOS applications, and admin systems are wholly owned by MyFUTURTY GLOBAL SDN BHD.

The students, teachers, and visitors' data is the property of the school and should not be misused by any other party. 

Personal Data Protection Notice