Search

Young Tech Fair 2020 Lebih Futuristik Dengan StudentQR

Updated: Feb 11, 2020

StudentQR, sistem pemenang anugerah Teraju Superb 2019 telah diimplimentasikan pada program Young Tech Fair 2020 bertempat di Rekascape, Cyberjaya pada 31 Januari 2020 yang lalu. Program ini telah menghimpunkan seramai 200 peserta pameran dan 600 pengunjung daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan juga universiti. Setiap pengujung telah diberikan QR tag untuk direkodkan aktiviti dan penglibatan mereka dalam program ini.



Pengunjung aktif, perolehi ganjaran!


Antara masalah yang sering berlaku di pameran- pameran ialah kurangnya penglibatan pengunjung untuk singgah ke semua pameran yang ada akibat kekangan masa dan kurang pendedahan.




Dengan menggunakan StudentQR Points pada program Young Tech Fair 2020, pengunjung akan diberikan ganjaran berbentuk mata setiap kali mereka mengunjungi pameran dan menyertai aktiviti yang disediakan di tempat pameran,contohnya seperti pertandingan mewarna, bengkel dan juga lain lain aktiviti. Lebih banyak mereka sertai, lagi banyak mata yang diperoleh dan pemenang atau top leaderboard akan diumumkan dari masa ke semasa.


“Melalui kaedah Reward Point yang disediakan oleh StudentQR membuatkan peserta Karnival Anjuran kami berlumba lumba untuk melawat kesemua pameran yang disediakan. Terbaik StudentQR!” Kata Muhammad Fuad Roslizan mewakili pihak penganjur.


StudentQR Points telah merekodkan 3.03 juta kelakuan positif sejak Januari 2019 oleh 15800 pelajar daripada 45 buah sekolah di Malaysia dan Indonesia. Ia juga berhasrat untuk mengembangkan lagi capaian mereka bukan sahaja di Malaysia malah secara global.

27 views0 comments