Search

Sekolah Hidayah Johor Guna Kod QR Rekod Kelakuan Positif Pelajar





Mungkin di kalangan kita sudah biasa mengumpul mata ketika mengisi petrol dan membeli belah dan seterusnya menuntut ganjaran seperti air minuman, voucher dan sebagainya.

Bayangkan pelajar-pelajar di sekolah juga boleh menuntut ganjaran dengan mengumpulkan mata selepas membuat kelakuan positif di sekolah. Ini lah yang terjadi di Sekolah Menengah Hidayah Johor Bahru.


Pelajar-pelajar dari Sekolah Hidayah Johor kini membawa tag QR sepanjang berada di Sekolah dan boleh meminta ‘scan’ kepada guru Sekolah setelah membuat sesuatu kebaikan. Antara kelakuan positif yang boleh direkodkan ialah Kehadiran, melengkapkan tugasan, puasa sunat, menepati masa, membantu tugasan kebersihan, Qiyamullail, dan mewakili Sekolah. Pelajar terbaik dalam sistem ‘leaderboard’ boleh menuntut ganjaran bulanan yang diberikan pihak Sekolah.


Sistem yang dikelani sebagai Student QR Points ini diperkenalkan bermula tahun 2019 ini mampu meningkatkan prestasi dan disiplin pelajar dengan mendadak kerana mereka sentiasa bersaing sesame pelajar yang lain secara ‘real time’ tanpa perlu menunggu keputusan peperiksaan semester. Pelajar juga merasa berbaloi melakukan perkara positif di Sekolah kerana aktiviti positif dan kehadiran mereka dapat di akses oleh ibu bapa setiap hari.


Tambah lagi, pihak sekolah juga mampu membuat penilaian yang lebih tepat dan cepat kerana boleh melihat prestasi dan disiplin pelajar secara masa sebenar di dalam system admin dashboard. Malah bebanan guru juga dilihat dapat dikurangkan kerana guru tidak perlu membuat pemindahan dan perkiraan maklumat dengan banyak. Sistem Student QR Points ini akan membuat perkiraan dan pemindahan maklumat secara automatic dan menyenaraikan kedudukan pelajar atau kelas terbaik secara masa sebenar.

26 views

Copyright ©️ 2019 BY MYFUTURITY GLOBAL SDN BHD.

All website content, Android applications, IOS applications, and admin systems are wholly owned by MyFUTURTY GLOBAL SDN BHD.

The students, teachers, and visitors' data is the property of the school and should not be misused by any other party. 

Personal Data Protection Notice