Imbas Suhu  .   Rekod kehadiran  .  Saring yang bergejala

Gunakan sistem KOD QR merekod kehadiran pelajar yang mudah, selamat dan disahkan KPM.

SOP Pembukaan Sekolah 2021

Panduan Ringkas

SOP Pelajar Masuk ke Sekolah


Melaksanakan saringan pintu masuk kepada semua murid/ pelajar, guru dan kakitangan meliputi:

  • pemeriksaan suhu badan;
  • penggunaan pensanitasi tangan; dan
  • pemantauan gejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas.
Bagi mengelakkan kesesakan, pihak sekolah boleh mengurus pergerakan keluar masuk murid/pelajar berdasarkan model berikut:
  • Model 1 - ruang menunggu di dalam kawasan sekolah;
  • Model 2 - laluan sehala;
  • Model 3 - kawalan oleh polis/RELA/PBT/PIBG/Alumni/PIBK/ KSIB/Sukarelawan (Ibu bapa dan Komuniti);
  • Model 4 - penyuraian murid/pelajar secara berperingkat; dan
  • Model 5 - menunggu di dalam bilik darjah (sistem panggilan).
Perhimpunan sekolah tidak dibenarkan. Aktiviti berkumpul bagi tujuan PdP dibenarkan. (mengambil kira penjarakan fizikal dan keselamatan.) Memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi Permaidani, tikar dan skirting meja tidak digunakan di bilik PdP prasekolah; Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan; Guru dan warga sekolah tidak dibenarkan makan di kantin; Murid/pelajar makan di dalam bilik PdP/dewan makan asrama di bawah seliaan guru pada waktu rehat; Bilik kesihatan/sakit dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid/pelajar yang bergejala/kontak rapat/positif COVID-19 sebelum mendapatkan rawatan. Menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan tanda penjarakan fizikal di lokasi yang bersesuaian Menyediakan tong sampah bertutup dan dipastikan sentiasa ditutup; Menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti kantin, tandas dan surau. Pensanitasi tangan boleh disediakan di lokasi seperti bilik PdP, Pejabat dan bilik guru; Mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti laluan murid/pelajar, kantin, bilik PdP, pejabat, bilik guru, ruang menunggu dan asrama. Pentadbir hendaklah memuat turun bahan bercetak terbitan KKM daripada laman sesawang KKM;




Langkah Keselamatan Penting


Menyaring pelajar yang demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas di pintu masuk sekolah. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Melantik guru bertugas untuk mengawal pergerakan murid/pelajar semasa rehat. Mengimbas suhu badan murid/pelajar; Mengawal pergerakan murid/pelajar di pintu masuk utama sekolah semasa tiba dan pulang; Memastikan murid/pelajar, guru dan warga sekolah/ibu bapa sentiasa memakai pelitup separuh muka. Memastikan pihak luar yang bukan warga KPM termasuk orang kenamaan tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali bagi tujuan pengoperasian sekolah; Memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor pembersihan, pengusaha kantin dan pembekal perkhidmatan makanan serta membuat penegasan untuk mengimbas suhu mereka setiap hari.




Pengurusan Warga Sekolah Yang Disahkan Positif COVID-19


Memaklumkan kepada PKD yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya Memastikan pesakit sentiasa memakai pelitup separuh muka; Mengasingkan pesakit di bilik yang berasingan. Memberi kerjasama kepada PKD untuk mengenal pasti kontak rapat kepada pesakit. Pesakit dan kontak rapat akan diuruskan selanjutnya oleh PKD. Sekiranya PKD tidak tiba atau atas arahan PKD, ahli keluarga perlu dimaklumkan untuk menjemput pesakit dari sekolah dengan menggunakan kenderaan sendiri. Hanya seorang sahaja dibenarkan menjemput pesakit dan hendaklah terus pulang ke rumah. Ahli keluarga hendaklah memaklumkan kepada PKD yang berhampiran dengan segera apabila tiba di rumah; Sekiranya pihak sekolah mendapati keadaan pesakit bertambah teruk, segera hubungi PKD berhampiran atau talian 999 untuk bantuan kecemasan Mensanitasi tempat dan peralatan yang digunakan oleh pesakit serta mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang dikenal pasti; Memaklumkan kepada pesakit untuk sentiasa memantau status kesihatan diri dalam aplikasi MySejahtera atau borang Pemantauan Kendiri Status Kesihatan (Home Assessment Tool)





Read Privacy Policy/PDPA

© 2021 MyFuturity Global Sdn Bhd.

All data own by schools/institutions. We do not own any of your data.