top of page
Imbas Suhu . Rekod kehadiran . Saring yang bergejala

Gunakan sistem kod QR merekod kehadiran yang mudah, selamat dan disahkan KPM.
SOP Pembukaan Sekolah 2021
Guru perlu memuat turun aplikasi StudentQR for Teachers melalui App Store atau Google Play Store. App Store: https://apps.apple.com/my/app/student-qr-points/id1451315679 Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.studentqr.teacher&hl=ms Seterusnya, log masuk ke aplikasi menggunakan e-mel yang disediakan oleh pihak sekolah, contohnya:E-mel: (E-mel DELIMa guru)Kata laluan: (Kata laluan yang telah diberikan)
StudentQR menawarkan dua jenis pelan iaitu School Plan dan Teacher Plan.School Plan adalah percuma jika sekolah membeli lencana QR, kad QR, atau stiker QR daripada StudentQR.Teacher Plan pula percuma untuk 30 murid pertama. Dengan pelan ini, guru boleh merekod kehadiran dan amalan baik tanpa had serta menikmati semua fungsi sepenuhnya. Teacher Plan juga mempunyai pakej berbayar untuk jumlah murid yang lebih ramai.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan StudentQR.
Lencana QR merupakan gabungan 3-dalam-1 yang merangkumi logo sekolah, nama murid dan kod QR yang unik. Ia diperbuat daripada bahan kapas tahan lama yang tahan luntur dan boleh menahan sehingga 300 pusingan basuhan dan pengeringan. Penggunaan Lencana QR dapat mengurangkan beban kerja guru sehingga 80% semasa merekod aktiviti murid.Ibu bapa juga boleh memantau perkembangan sahsiah anak mereka secara masa nyata melalui aplikasi ParentQR Points. Sistem ini juga berfungsi di luar talian (offline). Setiap murid dibekalkan dengan Kod QR dalam bentuk kad atau lencana, yang membantu meningkatkan motivasi dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan di dalam kelas.
Muatnaik aplikasi ParentQR Points pada telefon pintar atau tablet anda.Log masuk dengan imbas kod QR / ID yang telah diberikan oleh pihak sekolah.Setelah log masuk, anda boleh:Melihat aktiviti harian anak di sekolahMenyemak prestasi akademik dan sahsiah anakMemberi ganjaran mata untuk aktiviti positif anak di rumah
Untuk Sekolah Kerajaan Malaysia:a. Lencana QR – RM22 (5 keping) atau RM15 (3 keping)b. Kad QR – RM22 (termasuk lanyard dan pemegang kad) atau RM15 (kad sahaja)c. Magnet QR – Sesuai untuk guru atau murid sekolah menengah: RM15 sekepingd. Pakej Kombo – Diskaun 20%Kos sistem disertakan bersama dengan harga lencana atau kad.Untuk Sekolah Swasta / Antarabangsa:RM50 bagi setiap murid setahun(Termasuk 5 keping Lencana QR atau 1 Kad QR)Untuk pertanyaan lanjut, guru boleh menghubungi kami melalui pautan ini: https://studentqr.wasap.my
Untuk sekolah kerajaan Malaysia, kos sistem sebanyak RM50 setahun telah disubsidi sepenuhnya. Sekolah hanya perlu membayar kos bagi Lencana QR atau Kad QR, yang dicaj mengikut produk (tanpa bayaran tahunan tambahan).Setiap pembelian Lencana QR atau Kad QR disertakan dengan:Aplikasi GuruAplikasi Ibu BapaE-SijilPortal PentadbirCiri penyelarasan (sync) dengan sistem IDME
1. Pihak sekolah memuktamadkan data murid.2. Sekolah memilih reka bentuk Lencana QR.3. Pihak sekolah menyemak dan mengesahkan corak Lencana QR.4. Invois dikeluarkan dan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari.5. Lencana akan dicetak dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pembayaran diterima.6. Lencana yang telah siap akan dihantar ke sekolah.
Lencana QR merupakan kombinasi 3 dalam 1 yang mengandungi logo sekolah, nama murid, dan Kod QR.Lencana ini diperbuat daripada material kapas khas yang tahan luntur dan lasak, serta mampu menahan sehingga 300 kali cucian dan pengeringan.
Penggunaan Lencana QR dapat mengurangkan beban guru dalam merekod aktiviti murid sehingga 80%.Ibu bapa juga boleh memantau aktiviti sahsiah anak-anak secara masa nyata melalui aplikasi ParentQR Points.Sistem ini turut boleh digunakan secara luar talian.Setiap murid akan diberikan Kod QR dalam bentuk kad atau lencana, yang mampu meningkatkan motivasi dan keseronokan belajar di dalam kelas.
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat anak-anak mereka dengan memuat turun aplikasi “ParentQR Points”. Arahan penggunaan aplikasi disertakan bersama setiap pembelian Lencana QR atau Kad QR. Melalui aplikasi ini, ibu bapa dapat melihat rekod dan memantau tingkah laku serta aktiviti harian anak-anak di sekolah, berdasarkan maklumat yang direkodkan oleh guru.
Tiada peranti khas diperlukan! Anda hanya memerlukan telefon mudah alih atau tablet untuk memuat turun aplikasi StudentQR for Teachers atau ParentQR Points. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play Store.Selepas melanggan, anda akan diberikan akses ke laman web pentadbir sekolah dan aplikasi StudentQR untuk Guru dan Ibu Bapa. Bagi pelanggan pakej Sekolah, setiap murid akan menerima Kad StudentQR yang direka khas lengkap dengan lanyard dan pemegang kad.
Pihak sekolah memuktamadkan data murid.Pihak sekolah memilih reka bentuk Lencana QR.Pihak sekolah menyemak dan mengesahkan hasil reka bentuk Lencana QR.Invois dihantar, dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 7 hari.Lencana akan dicetak dalam masa 14 hari bekerja selepas bayaran diterima.Lencana siap akan dihantar melalui pos kepada pihak sekolah.
Bagi sekolah kerajaan di Malaysia, pihak sekolah boleh membeli Lencana QR atau Kad Fizikal QR untuk mula menggunakan sistem ini. Bagi sekolah swasta, pihak sekolah boleh melanggan sistem ini secara tahunan berdasarkan bilangan murid. Lencana QR atau Kad QR akan diberikan kepada setiap murid.Pihak sekolah juga boleh mencuba sistem ini secara percuma (percubaan) sebelum membuat tempahan.Sila hubungi kami melalui pautan berikut: https://studentqr.wasap.my
Untuk School Plan, tiada had bilangan murid. Semua murid boleh didaftarkan ke dalam sistem tanpa sebarang had.Namun, bagi Teacher Plan, hanya 30 murid pertama boleh digunakan secara percuma. Jika guru ingin menambah bilangan murid, mereka boleh menaik taraf kepada pakej berbayar mengikut jumlah murid yang diinginkan.
Pendaftaran di laman web www.studentqr.com bermaksud anda bersetuju untuk menerima kemas kini dan maklumat langganan daripada kami. Pasukan kami akan menghubungi anda selepas borang pendaftaran dihantar untuk langkah seterusnya, iaitu pendaftaran akaun ke dalam sistem menggunakan e-mel dan nombor WhatsApp yang telah anda berikan.
Sistem StudentQR boleh digunakan oleh semua peringkat gred, bermula daripada prasekolah hingga sekolah menengah.Selain itu, universiti dan institusi lain juga boleh memanfaatkan sistem ini. StudentQR turut digunakan dalam pameran dan program khas bagi meningkatkan penglibatan antara peserta pameran dan pelawat.
Anda boleh mengunjungi pautan berikut untuk mendaftar dan memilih pelan yang sesuai: https://admin.studentqr.com/signup . Pelan ini boleh diubah mengikut permintaan pihak sekolah anda.Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses pendaftaran, sila hubungi pasukan kami melalui WhatsApp di http://helpstudentqr.wasap.my atau e-mel ke studentqr@gmail.com
Berikut ialah langkah-langkah untuk merekod kehadiran murid:Log masuk menggunakan e-mel guru yang telah didaftarkan dalam sistem StudentQR.Kata laluan lalai ialah "password".Imbas QR murid atau pilih murid daripada senarai dan tekan “Kehadiran”.Pilih status kehadiran sama ada “Hadir / Tidak Hadir / Lambat”, kemudian tekan "Hantar".Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, guru boleh menghubungi pasukan StudentQR melalui pautan berikut: helpstudentqr.wasap.my.
Ya, boleh. Guru boleh mengikuti langkah-langkah berikut:Log masuk ke laman web- Layari https://admin.studentqr.com/login dan log masuk seperti biasa.Tambah item kehadiran- Pergi ke Attendance Items dan tambah item baharu. Pilih Item Type: “Subject Attendance” dan namakan mengikut kelab sukan atau unit kokurikulum.Cipta kumpulan (Group)- Buat Group khusus untuk kelab sukan/kokurikulum tersebut.Tambah senarai murid- Masukkan atau import nama murid ke dalam group berkenaan.Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, guru boleh menghubungi pihak StudentQR melalui pautan berikut: helpstudentqr.wasap.my.
‘Daily Attendance’ hanya boleh direkodkan sekali sahaja dalam sehari bagi setiap pelajar. Manakala, ‘Subject Attendance’ boleh direkodkan beberapa kali dalam sehari mengikut aktiviti atau subjek yang dijalankan. Sebagai contoh, sekolah boleh menggunakan ‘Subject Attendance’ untuk merekod kehadiran bagi aktiviti seperti mesyuarat, hari sukan, atau sesi makmal.
Boleh. Sistem ini boleh digunakan untuk merekod aktiviti serta pencapaian kokurikulum murid. Pihak sekolah boleh menambah senarai pencapaian atau aktiviti kokurikulum yang ingin direkodkan melalui bahagian “Manage Items” di portal.Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, guru boleh menghubungi pihak StudentQR melalui pautan berikut: helpstudentqr.wasap.my.
Boleh, cikgu. Sistem ini boleh digunakan untuk merekod demerit pelajar dengan menetapkan markah “items” sebagai nilai negatif (contohnya, -1). Apabila pelajar melakukan tindakan yang tidak wajar, guru boleh merekodkan “item” demerit tersebut melalui aplikasi.Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, guru boleh menghubungi pihak StudentQR melalui pautan berikut: helpstudentqr.wasap.my.
Aktiviti atau tingkah laku boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak sekolah anda.Contoh bagi jenis sekolah:Sekolah Islam: Daftar Masuk/Daftar Keluar, Merit KAFA, Hafazan Surah BaharuSekolah Antarabangsa: Compliance (Pematuhan), Attentiveness (Perhatian), Responsiveness (Responsif)Sekolah Kerajaan: Kerohanian, Kesalahan Disiplin, Membantu GuruAnda boleh rujuk lebih banyak contoh ‘item behaviour’ di pautan berikut: 👉Senarai Sahsiah
Kebiasaannya, ‘Admin’ ditentukan oleh pihak sekolah sendiri, sama ada pengetua, guru yang bertugas, guru disiplin atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM). Guru-guru lain boleh mengakses sistem melalui “Teacher Apps” dan “Teacher Portal”, manakala ibu bapa boleh mengakses maklumat melalui “Parent Apps”.
Ya, sudah tentu! Sistem ini boleh digunakan untuk merekod kehadiran harian guru atau kehadiran mengikut subjek. Anda juga boleh menjejak aktiviti guru melalui fungsi yang disediakan. Semak pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membuat kehadiran subjek : https://www.studentqr.com/admin.
Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti oleh guru atau pihak sekolah:Layari pautan https://admin.studentqr.com/loginKlik pada ‘Manage Items’.Pilih ‘Item Type’ dan klik ‘More’ pada item berkenaan.Seterusnya, pilih ‘Yes’ di bahagian ‘Notification to Parent App’.Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, guru boleh menghubungi pasukan StudentQR melalui pautan berikut: helpstudentqr.wasap.my.
“Track Progress” ialah fungsi baharu dalam sistem StudentQR yang membolehkan guru memantau perkembangan murid bagi sesuatu tugasan.Cikgu boleh rujuk tutorial untuk mencipta “Track Progress” di pautan berikut: https://tr.ee/bAMLmFhoS-
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pasukan StudentQR melalui: helpstudentqr.wasap.my
Berikut ialah langkah-langkah untuk menukar nama dan logo sekolah:Layari laman web https://admin.studentqr.com/loginTekan ‘Profile’Tukar nama dan muat naik logo baharu sekolah andaJika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, guru boleh menghubungi pihak StudentQR melalui pautan berikut: helpstudentqr.wasap.my.
Terdapat 2 jenis pemberitahuan:Makluman untuk guruCara membuat:Klik ManagePilih PemberitahuanPilih Pemberitahuan kepada guruMakluman untuk ibu bapa melalui aplikasi ParentQRCara membuat:Klik ManagePilih PemberitahuanPilih Pemberitahuan kepada ibu bapaBuka aplikasi StudentQR Points Guru, pilih semua pelajar daripada senarai, klik Butang Pengumuman, dan tulis kenyataan pengumumanKlik Teruskan untuk menghantar pengumuman kepada semua pelajar terpilihUntuk tutorial lengkap, rujuk pautan berikut: https://www.studentqr.com/teacher
Guru yang mempunyai akses sebagai School Admin boleh mengubah dan menambah Item (IDME) sendiri melalui sistem admin. Cikgu boleh rujuk tutorial di sini: https://tr.ee/MMpgVqp1nhJika cikgu memerlukan bantuan atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi pasukan StudentQR melalui: helpstudentqr.wasap.my
StudentQR tidak mengumpul data sensitif dan hanya memerlukan nama pelajar serta kelas untuk pendaftaran.Semua data yang didaftarkan ke dalam sistem StudentQR adalah disulitkan (encrypted) dan tidak boleh diakses oleh pihak luar.Pihak sekolah merupakan pemilik sah kepada semua data yang didaftarkan ke dalam StudentQR. Selain itu, semua data dan laporan diproses melalui pelayan (server) AWS Amazon yang berpusat di Malaysia, yang telah menerima pensijilan ISO daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi menjamin keselamatan maklumat.
Jika berlaku masalah seperti ini, guru atau ibu bapa boleh cuba:Log keluar dan log masuk semula ke dalam aplikasi.Jika masalah masih berlaku, nyahpasang (uninstall) dan pasang semula (install) aplikasi tersebut.Sekiranya masalah masih berterusan, ibu bapa boleh hantar screenshot kepada pihak StudentQR melalui pautan berikut: helpstudentqr.wasap.my
Ya, boleh. Berikut ialah langkah-langkah untuk mengemas kini rekod kehadiran lama:Buka aplikasi StudentQR Points.Tekan butang ‘History’.Tekan ‘Filter’ dan pilih ‘Items’ serta tarikh yang ingin dikemas kini.Tekan ‘Kemaskini’, kemudian tekan butang padam dan hantar semula item tersebut.Selain itu, anda juga boleh buka laman web https://admin.studentqr.com/login.Tekan ‘Attendance’, kemudian pilih ‘View for Attendance’ untuk semakan lanjut.Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, guru boleh menghubungi pasukan StudentQR melalui pautan berikut: helpstudentqr.wasap.my.
bottom of page