top of page

Adakan Guru-guru di Malaysia Kurang Dihargai?





Kerja yang banyak, namun masa yang terhad.


Akhir-akhir ini, setiap warganegara Malaysia nampaknya mempunyai pendapat mengenai pendidikan di Malaysia. Apabila dihadapkan dengan pertanyaan tentang bagaimana kita 'boleh menyelesaikan' masalah dalam kalangan pelajar sama ada masalah ponteng sekolah, merokok, masalah sosial, kurangnya daya saing dan prestasi buruk dalam peperiksaan, dijawab dengan mengatakan bahawa punca masalahnya terletak pada guru yang tidak menjalankan tugas mereka, tidak mendidik dan mengajar dengan betul untuk membaca, menulis, berkelakuan seperti mana masyarakat mahukan.


Kekurangan campur tangan dan pemahaman yang lemah mengenai kejaya guru telah menyebabkan berjuta-juta guru di seluruh dunia untuk berhenti setelah beberapa hari bekerja. Tetapi adakah rakyat benar-benar memahami ruang lingkup pekerjaan dan tekanan yang dilalui oleh guru setiap hari?


Pertamanya, apakah yang menjadi sebab guru meninggalkan karier mereka?


Guru bekerja keras dan sering berkorban dalam usaha memastikan anak-anak kita mempunyai peluang pendidikan terbaik yang dapat mereka curahkan. Tekanan yang tidak terhenti dan ditumpukan kepada guru-guru telah menjadi salah satu asbab utama mengapa guru bertukar peranan dan pekerjaan mereka, atau meninggalkan tenaga kerja sama sekali. Kajian oleh Dr Craig A. Metler pada tahun 2016 menunjukkan bahawa kadar keseluruhan kepuasan pekerjaan seorang guru hanyalah sekadar 26 peratus, hal ini mencetuskan sebuah senario yang amat menggelisahkan.


Masyarakat lazimya tidak menyedari masa tambahan yang diluangkan oleh guru-guru untuk meyiapkan bahan pengajaran, menggred kertas, dan mengisi pelbagai borang pentadbiran. Di sebalik semua kesalahan yang dilontarkan, kita tidak menyedari kerja-kerja admin yang banyak yang perlu dilakukan oleh pekerja sektor pendidikan atau wang tambahan yang dikeluarkan oleh guru untuk membekalkan bahan pendidikan yang tidak dapat disediakan oleh sekolah.


Oleh itu, mengapakah guru-guru kurang dihargai?


Ramai guru mengalami tekanan dari sudut psikologi disebabkan oleh tuntutan pekerjaan, kawalan pekerjaan dan kurangnya sokongan sosial.


1. Tekanan tugas di luar waktu pekerjaan.

"Hasil, hasil, hasil.. "

Tugas guru merangkumi kos dalam bentuk masa dan tenaga (bahkan kos kewangan) untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan oleh sekolah seperti tugas admin dan rancangan pelajaran. Tuntutan pekerjaan guru boleh melibatkan bebanan kerja yang banyak, masalah dengan peralatan, tekanan waktu dan waktu kerja yang bersambung di rumah serta tekanan emosi. Contohnya banyak laporan untuk diisi, tarikh akhir tugas yang singkat, tuntutan emosi yang timbul dari masalah komunikasi antara guru dan ibu bapa dan hal-hal peribadi seperti konflik rumah-kerja.


2. Tekanan berterusan kerana kurang autoriti untuk membuat keputusan.

".. hal ini dah ditentukan oleh pihak pentadbiran."

Atau dikenali sebagai kekurangan 'autonomi' kerana terdapat tahap kawalan dan pengawasan tinggi yang memberikan tekanan berterusan kepada guru-guru. Guru diberikan tanggungjawab yang berat namun kuasa atau kemampuan yang terhad untuk membuat keputusan yang selalunya ditentukan oleh pihak atasan sekolah dan kerajaan. Mereka tidak dapat mempengaruhi bagaimana mereka perlu memenuhi tuntutan kerja dan bagaimana mereka boleh melaksanakan tugas tersebut mereka secara umum.


3. Kurang sokongan sosial daripada orang sekeliling.

".. cikgu tak didik anak saya dengan betul."

Guru mendapat sokongan yang sikit dari ahli keluarga, rakan-rakan dan ibu bapa tentang pilihan pekerjaan mereka dan jumlah usaha yang mereka lakukan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada anak-anak. Pihak-pihak ini menaruh harapan yang tinggi kepada para pendidik namun mempunyai pemahaman yang sedikit terhadap usaha dan tuntutan kerja guru.


Tekanan pekerjaan yang disebabkan oleh permintaan kerja yang berlebihan dan kawalan tugas yang rendah sering menjadi satu-satunya alasan kepuasan kerja yang rendah.Seorang pekerja, tanpa mengira pekerjaan, yang menghadpai tuntutan pekerjaan yang tinggi, kawalan pekerjaan yang lemah dan tekanan kerja pengasingan, dan bantuan sosial yang lemah telah terbukti menurut kajian mengalami risiko tinggi untuk menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan.


Guru sentiasa mengambil berat tentang setiap aspek pencapaian dan tingkah laku anak murid di sekolah dan di rumah, kesejahteraan dan keadaan di rumah sestengah pelajar. Mereka memperuntukkan banyak masa untuk mempelajari pendekatan untuk membantu mereka menambah baik diri sebagai pendidik atau untuk mancari bantuan untuk pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran tertentu. Pengalaman ini tidak terhad kepada dua atau tiga orang guru sahaja. Tingkah laku dan etika kerja ini merangkumi sebilangan besar guru.





Solusi.


Oleh itu, marilah kita mengambil langkah yang sewajarnya untuk menghargai dan memahami obligasi seorang guru. Sebilangan besar daripada kita juga pernah mendapat peluang untuk menjadi anak murid kepada beberapa individu luar biasa yang telah memberi inspirasi dan mencabar kita untuk menjadi versi diri kita yang terbaik.


Individu-individu yang dikenali sebagai guru ini, ditugaskan untuk menjalankan sebuah tanggungjawab yang amat mencabar untuk mengajar generasi muda untuk sayang akan ilmu pengetahuan. Pergelutan mereka tidak seharusnya dilihat sebagai kelemahan atau ketidakmampuan. Maka, zahirkanlah penghargaan terhadap para guru dengan mendidik diri kita untuk mengakui perjuangan mereka. Kurangkan beban mereka dan berikan mereka sokongan yang mereka perlukan. Sama ada fizikal atau emosi.


Penghargaan yang setinggi-tingginya kami lafazkan kepada semua guru.


Terima kasih cikgu, dan Selamat Hari Guru.



Rekod aktiviti murid dan kurangkan bebanan tugas-tugas pengkeranian sebanyak 95% menggunakan teknologi elusif kod QR kami!

Langkah inovatif dalam memupuk suasana kelas yang lebih baik.

399 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kommentare


bottom of page