top of page

Notis Perlindungan Data Peribadi

Kepada : Pelanggan-pelanggan Kami Yang Dihargai 

Dengan berkuat kuasanya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 pada 15 November 2013, kami mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kami mematuhi Akta baru ini dan bahawa semua data peribadi yang berkaitan dengan sesiapa yang kami berurusan dalam syarikat termasuk mana-mana Pembekal, Pelanggan, kakitangan mereka, para Pengarah dan Pemegang-pemegang Saham mereka diproses mengikut undang-undang. 

MyFuturity Global Sdn Bhd ("StudentQR"), ( "kami") menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ( "Notis PDP") ini, disediakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( "Akta"), yang menetapkan amalan perlindungan data peribadi terhadap individu, Pelanggan, Pembekal, Rakan Niaga serta sesiapa yang berurusan dengan kami. 

MyFuturity Global Sdn Bhd ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana memberikan kami Data Peribadi melalui urus niaga semasa atau terdahulu. Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju terhadap Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda sebagaimana yang dijelaskan dalam Notis PDP ini. Data Peribadi anda akan terus digunakan dan diproses oleh kami mengikut Dasar Perlindungan Peribadi Data ( "PDP"). 

MyFuturity Global Sdn Bhd meminta anda untuk membaca Notis PDP ini dengan teliti kerana ia mengandungi maklumat penting mengenai bagaimana kami akan menggunakan dan memproses Data Peribadi yang diberikan oleh anda. Sila ambil perhatian bahawa Notis ini hanya terpakai kepada Data peribadi yang diproses berhubung dengan urus niaga komersial sebagaimana yang ditakrifkan dalam PDPA. 

 Definisi 

 

Untuk tujuan dokumen ini, melainkan konteks memerlukan sebaliknya: 

 Anda ’                                   :  bermaksud penerima notis ini. 

 “Gabungan”                        :  bermaksud MyFuturity Global Sdn Bhd dan/atau syarikat-syarikat berkaitan, termasuk

                                                  syarikat-syarikat yang berkaitan dengan mereka; 

​ 

Data peribadi                       :  bermaksud data mengenai anda, berkaitan dengan anda atau yang melibatkan anda,

                                                   sebagaimana ditakrifkan dalam Notis ini.  

 'Kami /Kita                            :  bermaksud MyFuturity Global Sdn Bhd. . 

Rakan-rakan Perniagaan   :  Vendor, Prinsipal dan Pembekal barangan dan/atau perkhidmatan, wakil (wakil-wakil)

                                                  penjual, rakan (rakan-rakan) perkhidmatan dibenarkan, kakitangan, para Pengarah dan

                                                  Pemegang-pemegang Saham mereka. 

Individu                                  :  Mana-mana individu yang berurus niaga bagi pihak mana-mana syarikat dan tetamu

                                                     yang melawat pejabat MyFuturity Global Sdn Bhd.

 

Pelanggan-pelanggan       :  Mana-mana individu atau entiti yang membeli produk dan perkhidmatan kami.  

1 PENGENALAN KEPADA PDPA 

 

1.1 "Data Peribadi" adalah ditakrifkan di bawah PDPA yang bermaksud data, sama ada benar atau tidak, tentang seorang individu yang boleh dikenal pasti daripada data tersebut, atau daripada data tersebut dan lain-lain maklumat kepada mana organisasi yang mungkin mempunyai akses. Contoh data peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan, maklumat hubungan, rekod perubatan, gambar dan imej video. 

1.2 Kami akan mengumpul data peribadi anda selaras dengan PDPA. Kami akan memaklumkan anda akan tujuan yang mana data peribadi anda mungkin dikumpul, digunakan, didedahkan dan/atau diproses, serta mendapatkan kebenaran anda bagi pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan yang dihasratkan, melainkan pengecualian di bawah undang-undang yang membenarkan kami untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda tanpa kebenaran anda.  

2 PENGUMPULAN DATA PERIBADI ANDA 

2.1 Pemberian data peribadi anda adalah sukarela. Tetapi, sekiranya anda tidak memberikan Data Peribadi anda kepada kami, MyFuturity Global Sdn Bhd mungkin tidak dapat menguruskan tempahan pembelian/permintaan atau permohonan produk dan/atau menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan daripada kami 

2.2 MyFuturity Global Sdn Bhd mengumpul data peribadi ketika menjalankan aktiviti hariannya, dan akan hanya mengumpul data peribadi tersebut sekiranya ia adalah perlu untuk salah satu fungsi atau aktiviti kami. 

2.3 Akta Perlindungan Data Peribadi memerlukan kami untuk mengumpul data peribadi tentang anda, hanya daripada anda, sekiranya munasabah dan praktikal untuk berbuat demikian. Beberapa contoh jenis maklumat yang mungkin akan kami kumpul tentang pihak berkepentingan kami termasuklah:  

  • maklumat hubungan seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel; 

  • maklumat unik seperti nombor Kad Pengenalan atau nombor pasport, gambar, nama rujukan untuk dihubungi, dan tarikh lahir; dan 

  • sejarah urus niaga.  

3 BAGAIMANA DATA PERIBADI DIKUMPUL  

3.1 Beberapa contoh bagaimana data peribadi boleh dikumpul: 

​​

  • Daftar butir-butir anda di laman web, apps atau kiosk kami;  ​​

  • Apabila anda mengisi pendaftaran, pembelian, permintaan atau permohonan bagi perkhidmatan kami (melalui telefon, secara sendiri, pos biasa, atau secara elektronik); 

  • Apabila anda berkomunikasi dengan kami secara langsung melalui pusat khidmat pelanggan kami, atau berurusan secara langsung melalui rakan sekerja kami dari jabatan pergudangan berhubung dengan produk dan perkhidmatan kami (secara sendiri, melalui e-mel, telefon, mel langsung atau mana-mana cara lain); 

  • Apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal rasmi kita seperti perkhidmatan logistik; 

  • Apabila anda menjalankan jenis-jenis urus niaga tertentu seperti pemulangan; 

  • Apabila anda memasuki, dan apabila anda berinteraksi dengan kami semasa promosi, pertandingan, peraduan, cabutan bertuah, acara khas, atau dengan menggunakan peranti- peranti dalam pameran kami; 

  • Melanggan kepada mana-mana program keahlian kami, seperti program kesetiaan pelanggan; 

  • Mengambil bahagian dalam soal selidik dan lain-lain penyelidikan.  

4 TUJUAN BAGI PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, PENDEDAHAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI  

4.1 Data peribadi yang kami kumpul daripada anda mungkin dikumpul, digunakan, didedahkan dan/atau diproses untuk pelbagai tujuan, bergantung kepada keadaan kami mungkin/akan perlu untuk memproses data peribadi anda, termasuk: 

​​

  • untuk berkomunikasi dengan anda; 

  • untuk mengekalkan dan memperbaiki tahap perhubungan pelanggan; 

  • untuk menilai, memproses dan menyediakan produk, perkhidmatan dan/atau 

  • untuk menilai, memproses dan menyediakan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan kepada anda; 

  • untuk mentadbir dan memproses mana-mana bayaran berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan yang diminta oleh anda; 

  • untuk membuktikan identiti dan latar belakang anda;  

  • untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda dan menyelesaikan apa-apa isu dan pertikaian yang mungkin timbul berhubung dengan apa-apa urus niaga dengan kami; 

    untuk memberikan anda maklumat dan/atau kemas kini mengenai produk, perkhidmatan, promosi akan datang kami yang ditawarkan oleh kami dan/atau acara-acara yang diaturkan oleh kami dan pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda dari semasa ke semasa; 

    untuk tujuan pemasaran langsung melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, mel, media sosial dan/atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai kepada ahli-ahli program kesetiaan kami, selaras dengan kebenaran mereka; 

  • untuk memudahkan penyertaan anda dan pentadbiran kami jika anda terlibat dengan mana-mana acara termasuk peraduan, promosi dan kempen;  

  • untuk memberikan mata ganjaran dalam program kesetiaan atau ganjaran;  

  • untuk menyelenggara dan mengemas kini penyimpanan rekod dalaman; 

  • untuk tujuan pentadbiran dalaman; 

  • untuk menghantar ucapan di musim perayaan dari masa ke masa; 

  • untuk menghantar jemputan untuk menyertai acara dan promosi serta acara pelancaran produk kami; 

  • untuk mengawasi, mengkaji dan menambah baik acara dan promosi, produk dan/atau perkhidmatan kami; 

  • untuk melaksanakan semakan rujukan kredit dan membuktikan liabiliti kredit anda, di mana perlu, dalam menyediakan anda dengan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan; 

  • untuk mentadbir dan memberi efek kepada urus niaga komersial anda dengan kami (seperti mendapatkan tender, kontrak bagi perkhidmatan, perjanjian penyewaan);  

  • untuk memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan urus niaga komersial anda dengan kami; 

  • untuk memproses dan menganalisis Data Peribadi anda sama ada secara individu atau kolektif dengan lain-lain individu; 

  • untuk menjalankan penyelidikan atau kaji selidik pasaran, analisis pemasaran dalaman, aktiviti pemprofilan pelanggan, analisis corak dan pilihan pelanggan, perancangan dan analisis perangkaan dan trend berhubung dengan produk dan/ atau perkhidmatan kami; 

  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan juruaudit bagi tujuan audit dan pelaporan kami; 

  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda selaras dengan mana-mana perjanjian atau dokumen yang anda telah tandatangani sewajarnya dengan kami untuk tujuan meminta nasihat undang-undang dan/ atau kewangan dan/atau untuk tujuan memulakan tindakan undang-undang;  

  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan rakan perniagaan kami untuk secara bersama membangun produk dan/atau perkhidmatan atau melancar kempen pemasaran; 

  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan institusi kewangan yang perlu untuk tujuan memohon dan mendapatkan kemudahan (kemudahan-kemudahan) kredit, sekiranya perlu;  

  • untuk tujuan audit, pengurusan risiko dan keselamatan; 

  • untuk mengesan, menyiasat dan mencegah kegiatan penipuan, kegiatan terlarang atau yang menyalahi undang-undang; 

  • untuk membolehkan kami melaksanakan kewajiban dan menguatkuasakan hak kami di bawah jaminan atau mana-mana perjanjian atau dokumen, yang kami adalah pihak kepadanya;  

  • untuk memindah atau menyerah hak-hak, kepentingan dan kewajiban kami di bawah mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan kami;  

    untuk memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau peraturan dan membuat pendedahan di bawah mana-mana keperluan undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod berkenaan kepada kami; 

    untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak kami dan hak anda di bawah, dan untuk mematuhi dengan, kewajiban kami di bawah undang-undang, perundangan dan peraturan yang berkenaan; dan/atau 

  • untuk tujuan-tujuan lain yang diperlukan untuk mengendali, menyelenggara dan mengurus dengan baik perniagaan kami dan perhubungan anda dengan kami; 

  • untuk mana-mana tujuan lain yang adalah sampingan atau tambahan atau untuk menyempurnakan tujuan-tujuan di atas yang tidak secara khusus yang disebut dalam ini. 

 

(semua di atas dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan”) 

Tanpa mengambil kira yang di atas, kami mungkin memproses Data Peribadi anda tanpa kebenaran anda sekiranya ia dibenarkan di bawah PDPA atau mana-mana perundangan berkenaan yang lain. 

4.2 Untuk menjalankan operasi perniagaan kami dengan lebih lancar, kami juga mungkin mendedahkan data peribadi yang anda telah berikan kepada kepada Pelanggan-pelanggan, Rakan-rakan Perniagaan kami, dan/atau syarikat-syarikat gabungan atau syarikat-syarikat berkaitan tersebut, dan/atau pihak ketiga yang lain sama ada terletak di Malaysia atau di luar Malaysia, untuk satu atau lebih daripada Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Pelanggan- pelanggan, Rakan-rakan Perniagaan dan/atau syarikat-syarikat gabungan atau syarikat-syarikat berkaitan kami dan/atau lain-lain pihak ketiga akan memproses data peribadi anda sama ada bagi pihak kami atau sebaliknya, untuk satu atau lebih daripada Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. 

5 ISU-ISU KHUSUS BAGI PENDEDAHAN DATA PERIBADI KEPADA PIHAK KETIGA  

5.1 Kami menghormati kerahsiaan data peribadi yang anda berikan kepada kami. MyFuturity Global Sdn Bhdtidak berkongsi, menjual, menyewa atau melepaskan apa-apa data peribadi yang dikumpul kepada mana-mana individu, syarikat atau kumpulan. Apa-apa maklumat yang kami kumpulkan digunakan untuk tujuan MyFuturity Global Sdn Bhd sendiri seperti yang dinyatakan di dalam dasar PDP ini. 

5.2 Agar kami boleh menyediakan rangkaian meluas produk dan perkhidmatan kepada anda, penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan terlibat melalui Asia Sdn Bhd, termasuk yang berikut: 

  • Penyedia perkhidmatan kemasukan data 

  • Penasihat profesional, perunding dan/atau juruaudit  

  • Penyediaan kemudahan penyimpanan & logistik 

  • Rakan kongsi perniagaan 

  • Institusi kewangan 

  • Pihak berkuasa tempatan 

  • Penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan operasi seperti telekomunikasi, teknologi maklumat, pencetakan, perkhidmatan pos, promosi pemasaran, dan pengawal selia kerajaan yang berkaitan untuk mematuhi mana-mana undang-undang, kaedah, garis panduan dan peraturan-peraturan atau skim yang dikenakan oleh mana- mana pihak berkuasa kerajaan. 

5.3 Pihak-pihak ketiga kami yang menjalankan perniagaan hanya dibenarkan untuk menggunakan maklumat anda untuk melaksanakan perkhidmatan untuk yang mana mereka telah dilantik. Sebagai sebahagian daripada perjanjian kami dengan mereka, mereka diperlukan untuk mengikuti undang-undang dan dasar-dasar PDPA yang kami sediakan, dan untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda adalah selamat. 

5.4 Sehubungan itu, kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda sama sekali kepada pihak ketiga tanpa mendapatkan kebenaran anda terlebih dahulu untuk membenarkan kami berbuat demikian. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa mendapatkan kebenaran anda dalam keadaan tertentu, termasuk, tanpa batasan, yang berikut: 

  • kes-kes dalam mana pendedahan adalah diperlukan atau dibenarkan berdasarkan undang- undang dan/atau peraturan terpakai; 

  • kes-kes dalam mana tujuan pendedahan tersebut adalah jelas untuk kepentingan anda, dan sekiranya kebenaran tidak boleh diperoleh secara tepat pada masa; 

  • kes-kes dalam mana tujuan pendedahan tersebut diperlukan untuk urus niaga perniagaan dengan anda; 

  • kes-kes dalam mana pendedahan diperlukan untuk membolehkan Rakan-rakan Perniagaan kami untuk menyemak dan menilai maklumat yang diberikan dan kutipan invois-invois yang tertunggak; 

  • kes-kes dalam mana pendedahan tersebut adalah perlu untuk bertindak balas terhadap kecemasan yang mengancam nyawa, kesihatan atau keselamatan diri anda sendiri atau individu lain; 

  • kes-kes dalam mana pendedahan adalah perlu bagi mana-mana siasatan atau prosiding; 

  • kes-kes dalam mana data peribadi didedahkan kepada mana-mana pegawai agensi penguatkuasaan undang-undang yang ditetapkan; 

  • kes-kes di mana pendedahan adalah kepada agensi awam dan pendedahan tersebut adalah perlu demi kepentingan awam; dan/atau 

  • di mana pendedahan tersebut tanpa kebenaran anda adalah dibenarkan oleh PDPA atau oleh undang-undang. 

 

5.5 Di mana kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga dengan kebenaran anda, kami akan menggunakan usaha terbaik kami untuk memastikan pihak ketiga tersebut melindungi data peribadi anda. 

6 PERMINTAAN BAGI AKSES DAN/ATAU PEMBETULAN DATA PERIBADI 

Anda boleh meminta untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi yang pada masa ini dalam milikan kami dengan mengemukakan permintaan bertulis ke alamat yang berikut: 

MyFuturity Global E-E-28- 3A Empire City, 

Damansara Perdana Petaling Jaya 

Alamat e-mel : studentqr@gmail.com 

6.2 Untuk permintaan bagi mengakses data peribadi, kami akan menyediakan anda dengan data peribadi yang berkenaan dalam masa dua puluh satu (21) hari dari masa permintaan tersebut dibuat. 

6.3 Jika permintaan tidak boleh dipenuhi dalam jangka masa di atas, kami akan memaklumkan anda waktu yang sesuai bila kami akan memberi maklum balas. 

6.4 Bergantung pada skop dan jenis kerja yang diperlukan untuk memproses permintaan akses anda, kami mungkin perlu mengenakan yuran bagi menanggung kos pentadbiran. Ini akan dinilai atas dasar kes demi kes oleh Pegawai Perlindungan Data kami. Apabila yuran tersebut akan dikenakan, kami akan menyediakan dokumen bertulis untuk pertimbangan anda. Sila maklum bahawa kami hanya akan memproses permintaan anda sebaik sahaja anda bersetuju terhadap bayaran yuran tersebut. Dalam hal tertentu, kami juga mungkin memerlukan deposit daripada anda sebelum memproses permintaan akses tersebut. Anda akan dimaklumkan sekiranya deposit diperlukan dalam dokumen bertulis, sekiranya ada.  

 

 

7 PERMINTAAN UNTUK MENARIK BALIK KEBENARAN 

7.1 Anda boleh menarik balik kebenaran anda bagi pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan data peribadi anda dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami dengan mengemukakan permintaan bertulis anda ke alamat yang tertera diatas.  

7.2 Kami akan memproses permintaan anda dalam masa 21 hari daripada permintaan tersebut untuk penarikan balik kebenaran dibuat, dan selepas itu tidak akan mengumpul, mengguna dan/atau mendedahkan data peribadi anda dalam cara yang dinyatakan dalam permintaan anda. 

7.3 Walau bagaimanapun, penarikan kebenaran balik anda mungkin menimbulkan masalah undang- undang tertentu. Dalam hal ini, bergantung kepada sejauh mana penarikan kebenaran balik untuk kami memproses data peribadi anda, ia mungkin bermaksud bahawa kami tidak akan dapat meneruskan hubungan sedia ada anda dengan kami.  

7.4 Pengumpulan Data Peribadi anda oleh kami mungkin bersifat mandatori atau sukarela bergantung ke atas Tujuan untuk yang mana Data Peribadi anda dikumpul. Di mana ia adalah wajib bagi anda untuk memberikan kami Data Peribadi anda, dan anda gagal atau memilih untuk tidak memberikan kami dengan data tersebut, atau tidak bersetuju dengan perkara di atas atau Dasar ini, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan/atau perkhidmatan atau sebaliknya berurusan dengan anda. 

8 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DATA PERIBADI  

8.1 Kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah tepat dan lengkap, sekiranya data peribadi anda berkemungkinan akan digunakan oleh MyFuturity Global Sdn Bhduntuk membuat keputusan yang melibatkan anda, atau mendedahkan kepada organisasi lain. Walau bagaimanapun, ini bermakna bahawa anda juga perlu mengemas kini kami tentang sebarang perubahan dalam data peribadi anda yang anda berikan pada awalnya kepada kami. Kami tidak akan bertanggungjawab kerana bergantung kepada data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang timbul daripada anda tidak mengemas kini kami tentang sebarang perubahan dalam data peribadi anda yang anda berikan kepada kami pada awalnya 

8.2 Kami juga akan menyediakan pengawalan keselamatan yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi dengan secukupnya dan terjamin. Pengawalan keselamatan yang sesuai akan diambil untuk mengelak dari berlaku apa-apa akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, kebocoran, kehilangan, kerosakan dan/atau pindaan yang tidak dibenarkan akan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh bertanggungjawab bagi sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan terhadap data peribadi anda oleh pihak ketiga yang keseluruhannya berpunca daripada faktor-faktor di luar kawalan kami 

8.3 Kami juga akan menyediakan langkah-langkah tertentu agar data peribadi anda di dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami dimusnahkan dan/atau tanpa nama dengan kadar segera serta munasabah untuk mengandaikan bahawa (i) tujuan untuk yang mana data peribadi tersebut dikumpul tidak lagi perlu oleh penahanan data peribadi tersebut; dan (ii) penahanan tidak lagi perlu untuk apa-apa tujuan undang-undang atau perniagaan.  

9. COMPLAINT PROCESS

9.1 Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau rungutan berhubung dengan bagaimana kami mengendalikan data peribadi anda atau mengenai bagaimana kami mematuhi PDPA, kami mengalu-alukan anda untuk mengemukakan aduan atau kekhilafan bertulis anda kepada kita. 

9.2 Di mana anda mengemukakan aduan melalui e-mel atau surat, petunjuk anda kepada perkara subjek yang ia adalah aduan PDPA akan membantu kami untuk mengurus aduan anda secara cepat dengan menyerahkannya kepada kakitangan yang berkaitan dalam organisasi kami untuk mengendalikannya. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan perkara subjek sebagai "Aduan PDPA ". 

9.3 Kami pasti akan berusaha untuk berurusan dengan mana-mana aduan atau kesalahan yang dialami oleh anda dengan cepat dan adil.  

10 KEMASKINI MENGENAI DASAR PERLINDUNGAN DATA  

10.2 Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan bahawa kami mengurus, melindungi dan memproses data peribadi anda dengan sewajarnya kami, akan mengkaji dasar, prosedur dan proses dari semasa ke semasa.  

10.2 Kami berhak untuk meminda terma-terma Dasar Perlindungan Data Peribadi mengikut budi bicara mutlak kami. Sebarang Dasar Perlindungan Data terpinda akan dipaparkan di laman web kami. 

Yang benar, 

Syed Huzaifah

Pengarah Urusan

___________________________________________________________________

Nota : Jika terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris and Bahasa Malaysia didalam Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. 

Sekiranya kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada anda dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh Notis ini, kami akan menganggap bahawa anda telah memberi persetujuan anda terhadap penggunaan berterusan data peribadi anda selaras dengan Notis ini. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda akan dapat menamatkan persetujuan anda pada bila-bila masa. 

bottom of page